KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.
Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.
KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.
Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.
"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..
"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.
"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"
"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.
"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."
"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."
"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."
CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.
KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B
"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..
Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?
Thursday, 26 January 2012
Wednesday, 25 January 2012
Jodoh Ketentuan Allah
Saat itu genaplah usiaku 24 tahun iaitu pada 30hb November 2003.
Tapi hatiku rasa tidak keruan, puasku berfikir kenapa agaknya. Sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak pernah berperasaan begini. Lagi membuatkan aku rasa kecewa ialah pada saat-saat hari gembiraku ini orang yang paling kusayangi sudah melupai tarikh ulangtahunku.
Tapi hatiku rasa tidak keruan, puasku berfikir kenapa agaknya. Sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak pernah berperasaan begini. Lagi membuatkan aku rasa kecewa ialah pada saat-saat hari gembiraku ini orang yang paling kusayangi sudah melupai tarikh ulangtahunku.
Puas sudah kumenunggu panggilan darinya. hingga membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dia tidak mahu menelefonku. Aku bukannya mengharapkan apa -apa cuma sekadar ucapan darinya. Itupun sudah cukup memadai bagiku. Memang aku akui aku dan dia memang jarang bertemu kerana aku di K.L manakala dia pula di Pantai timur. Jarak antara K.L dan Kelantan membataskan pertemuan kami tetapi itu tidak menghalang percintaan kami. Malah ikatan kasih sayang itu semakin bertambah dan sentiasa dibajai dengan perasan dimiliki dan ingin dimiliki.
Sedang aku termanggu sendirian, tiba – tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendengar suaranya ditelefon. Kurasakan penantianku berhasil. Jika dia berada didepanku ingin aku mendakapnya sebagai tanda terima kasihku. Tetapi suara hatiku berkata kenapa baru sekarang dia hendak menelefonku.Argh… persetankanlah dengan semua ini. Asalkan dia sudah menelefon itu sudah mencukupi. Tetapi segala apa yang kuangankan umpama kaca terhempas ke batu. Bukan ucapan ‘selamat hari lahir’ yang terungkap di bibir mungilnya tetapi dia hanya menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan kami lagi. Dan dia mendoakan agar aku tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Ya Allah ujian apakah ni. Begitu mudah sekali dia memutuskannya. Tidakkah dia tahu yang aku benar-benar menyintainya. Hampir 4 tahun usia percintaan yang kami bina dan dia dengan mudah sekali melafazkan kata perpisahan. Sedangkan selama ini dia tahu aku bertungkus lumus berusaha mengumpulkan wang. Ini semata-mata kulakukan untuk menyuntingnya suatu hari nanti.
Puasku memujuknya agar memberitahuku apakah kesalahan yang telah kulakukan sampaikan dia sanggup berbuat demikian. Akhirnya dengan rasa sebak dan terharu dia menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut kehendak kedua orang tua dan keluarganya. Dimana dia akan dijodohkan dengan ahli saudara terdekatnya.
Bagaikan gelap kurasakan duniaku ini. Tambah pilu hati ini lagi apabila aku mendengar suaranya yang tidak henti-henti menangis . Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku ke Kelantan untuk menemuinya. Tetapi apakan dayaku.
Aku benar-benar bingung ketika itu dan tidak tahu kepada siapakah untuk aku meluahkan perasaan yang berserabut ini. Ingin sahaja aku curahkan segala rasa hatiku kepada kedua ibubapaku, tetapi aku tidak sampai hati kerana selama ini mereka berharap agar aku dan dia akan bersatu. Di saat-saat ini barulah aku terfikir alangkah baiknya sekiranya aku mempunyai seorang kakak. Bolehlah aku meminta pandangannya. Hanya insan yang bernama wanita jualah yang lebih mudah memahami soal hati dan yang melibatkan perasaan kerana jiwa wanita ini amat halus dan penuh perasaan sentimental.
Hari-hari yang kulalui terasa kosong, hambar dan hilang serinya. Begitu jualah yang jelas kelihatan pada raut wajahku. Selama ini aku memang diketegorikan sebagai seorang yang terkenal dengan sikap periang. Tetapi semenjak kebelakangan ini aku mula bertukar watak malah sering bermurung. Bagiku sudah tidak ada makna lagi. Semenjak peristiwa itu aku telah berazam tidak mahu melibatkan diri lagi dalam soal percintaan. Hatiku telah tertutup rapat untuk mana-mana wanita. Aku sendiri pun tidak pasti sampai bilakah ianya akan terubat. Aku juga tidak mahu orang lain menyedari akan perubahan yang berlaku ke atas diriku. Segala susah payah biarlah ku sendiri yang menanggungnya. Bak kata pujanga “Berat mata memandang berat lagi bahuku yang memikulnya.
Ku ingatkan aku boleh bertahan tapi rupanya aku masih belum kuat lagi untuk menerima ini semua. Ku buangkan segala perasaan maluku, pernah ku menangis di hadapan 2 0rang sahabatku. Mereka jua pernah mengatakan yang mereka tidak sampai hati melihat keaadan aku dan takut ianya akan menjejaskan kerjayaku. Malah mereka berdualah yang banyak memberi ku perangsang dan semangat untuk aku terus bangun dari diselimuti oleh perasaan gundah gulana sepanjang masa. Terima kasih kalian berdua “kak jujie dan Kak shiba”.
Berkat sokongan dan dorongan dari mereka aku telah membulat tekad bahawa aku akan cuba sedaya upayaku untuk memilikinya. Bak kata pepatah “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”. Berbekalkan semangat inilah aku meminta kedua ibu bapaku masuk meminang si dia. Walaupun aku sedia maklum bahawa sidia bakal dijodohkan dengan orang lain. Tetapi kurasakan yang aku masih lagi mempunyai peluang. Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula si dia yang baru hendak dijodohkan dengan orang lain. Bak kata orang ” the best man win”.
Pada mulanya kedua ibu bapaku enggan menurut kehendakku tetapi disebabkan aku beria-ia akhirnya mereka mengalah. Terima kasih buat emak dan ayah. Setelah mencapai kata putus. Ibu bapaku berbincang dengan kedua ibu bapa si dia mengenai hasrat hatiku. Walaupun hanya berbicara melalui telefon, akhirnya mereka bersetuju untuk menerima aku sebagai sebahagian daripada keluarganya.
Akhirnya, setelah pelbagai dugaan telah kuharungi. Aku dan keluargaku berangkat ke Kelantan menghantar rombongan meminang. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi, pada tanggal 17/3/2004 cincin pertunanganku telah selamat disarungkan dijari manisnya. Bahagianya kurasakan disaat itu. Aku berjanji dengan orang tuanya bahawa aku akan menjaga anaknya dengan baik serta akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik kepada cucu-cucunya kelak. Insyaalah.
Aku bersyukur pada yang Esa kerana telah memakbulkan doaku selama ini. aku juga berharap agar perhubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Alhamdulilah....Walau sebesar mana pun gelombang yang melanda aku berjanji akan cuba untuk menempuhinya. Aku akan pastikan orang yang aku sayangi akan sentiasa berada disisi.
*Kepada rakan2 sekalian, jadikanlah kisah ini sebagai satu ikhtibar. Sekiranya kita sayangkan seseorang cepatlah bertindak. Jangan tunggu sampai sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, barulah kita akan menyesal.
*Ingat!! Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tidak Berguna.....
Tuesday, 17 January 2012
Kisah Loving Couple
Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami hentakan dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; ” Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”
Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah ” Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang …. ayang masih di sisi abang.
“Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.
Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakan si isteri bertambah kuat…
Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!! I HATE YOU!!
Friday, 13 January 2012
6 Jenis Makanan Penghilang 'Rasa Pedas'
Bagi Anda yang cuak tok makan makanan pedas jika satu hari saja tidak makan pedas mungkin rasanya hambar, namun efek dari makan pedas tersebut membuat mulut Anda rasa terbakar.Terlalu banyak makan cabai atau sambal membuat Anda panas kelabakan dan mencari makanan penawar pedas, namun Anda tidak tahu makanan yang tepet yang dapat menghilangkan rasa pedas tersebut. Banyak orang yang menetralkan rasa pedas dengan minum air mineral. Padahal cara tersebut salah, malah membuat rasa panas tersebar ke seluruh mulut Anda. Nah agar Anda lebih leluasa makan pedas dan tidak bingung mencari penawar pedas inilah 6 makanan penghilang rasa pedas yang bisa mengatasi rasa pedas yang membakar mulut Anda.
1. Susu atau Produk Susu Lainnya
Susu, yogurt dan keju dapat menghilangkan rasa pedas. Hal itu karena kandungan lemak dalam produk susu dapat menetralkan rasa panas di mulut.
Susu, yogurt dan keju dapat menghilangkan rasa pedas. Hal itu karena kandungan lemak dalam produk susu dapat menetralkan rasa panas di mulut.
2. Gula
Hamburkan gula pada lidah lalu hisap selama 30 detik. Gula akan menyerap rasa pedas di mulut Anda.
Hamburkan gula pada lidah lalu hisap selama 30 detik. Gula akan menyerap rasa pedas di mulut Anda.
3. Nasi
Makanlah beberapa sendok nasi ketika Anda merasa sangat kepedasan. Butiran nasi dapat menarik rasa pedas di mulut.
Makanlah beberapa sendok nasi ketika Anda merasa sangat kepedasan. Butiran nasi dapat menarik rasa pedas di mulut.
4. Jeruk Nipis
Potong jeruk nipis dan hisaplah. Jeruk Nipis dipercaya dapat mendinginkan lidah yang terasa terbakar.
Potong jeruk nipis dan hisaplah. Jeruk Nipis dipercaya dapat mendinginkan lidah yang terasa terbakar.
5. Selai Kacang
Makan selai kacang juga dapat membantu menetralkan rasa pedas. Sama seperti produk susu, selai kacang mengandung lemak yang dapat ‘mendinginkan’ rasa pedas di mulut.
![]() |
| Ayam Masak Pedas |
6. Jus Buah
Efek dari makan pedas juga bisa membuat kepala terasa pusing. Jika sudah begitu berarti Anda sangat dehidrasi. Untuk mengatasinya segera minum jus buah untuk menetralkan pedas dan meredakan pusing di kepala Anda.
Efek dari makan pedas juga bisa membuat kepala terasa pusing. Jika sudah begitu berarti Anda sangat dehidrasi. Untuk mengatasinya segera minum jus buah untuk menetralkan pedas dan meredakan pusing di kepala Anda.
Ape tunggu lagi...!!! Try ar...!!!!
Pas ni konfem x de rase takot nak makan makanan PEDAS....hihi...
Thursday, 12 January 2012
Sikap Pelajar Positif & Cemerlang

Apa pula matlamat anda dalam membina keyakinan diri yang lebih tinggi?
Dengan bekerja keras ke arah mencapai matlamat diri anda ke arah keyakinan, motivasi dan pemikiran diri yang positif, segala matlamat anda yang lebih besar akan menjadi lebih mudah. Terdapat beberapa cara yang anda boleh buat untuk memperkasakan diri anda setiap hari. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikuti:
- Bina tabiat kerja yang baik: Kebanyakan tabiat kerja kita adalah hasil dari pekerjaan dan didikan kita terdahulu, yang mana ada di antaranya yang tidak mendatang hasil. Untuk membuang tabiat anda dan mengubahnya untuk kebaikan anda perlu bertanya pada diri anda, "Mengapa saya melakukan kerja ini dengan cara ini dan bagaimana saya boleh memperkemaskannya lagi?"Sentiasalah berusaha untuk bekerja dengan lebih efisien dan pelajari seni memberi keutamaan (art of prioritization) pada tugas-tugas anda dengan menetapkan matlamat kerja dan mengikutinya.
- Bertanggungjawab: Saat apabila anda merasakan anda bertanggungjawab atas segalanya dalam hidup anda dan semua yang anda lakukan, anda akan mula menyedari betapa anda boleh mengawal sikap, hidup dan fikiran anda.Jika anda berjanji, tunaikanlah ia. Jika anda berkata anda akan melakukan sesuatu, maka lakukannya. Jika anda berjanji untuk ke suatu tempat pada masa tertentu, maka tepatilah masa itu! Berusahalah untuk mencapai matlamat-matlamat ini setiap hari.
- Kelilingkan diri anda dengan orang-orang yang berjaya: Salah satu cara untuk mencapai tahap kejayaan yang anda mahukan ialah dengan membina kerjasama dengan orang-orang yang berjaya yang telah mencapai matlamat yang sama dengan apa yang anda mahukan. Untuk menjadi orang yang mencapai kejayaan anda mesti berfikir dan bertindak seperti orang yang berjaya.Berkongsi idea dengan mereka, berbual-bual, berkongsi pengalaman dengan orang yang berjaya adalah sangat efektif dalam membina kejayaan anda. Pengaruh mereka terhadap anda memang boleh dirasai, paling kurang dalam membuka minda dan idea.
Kejayaan sama ada dalam pelajaran, bisnes atau hidup adalah
suatu penghayatan sikap secara keseluruhan kerana segala yang anda lakukan, anda perlu lakukan dengan terbaik dengan kemampuan anda, segalanya!
Jadikan untuk bertemu orang-orang yang berjaya dan berbicara dengan mereka satu matlamat hari ini. Bertanggungjawablah dan perbaiki cara kerja. InsyaAllah kita akan berjaya.Amin............
Rahsia Bilangan Bunga Ros
Bunga ros selalunya menunjukkan keromantikan seseorang lelaki kepada wanitanya. Walaupun bunga ros akan akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan. 
Namun bilangan pemberian bunga ros turut mempunyai makna. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga mengikut bilangan kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.
1 kuntum bunga ros:Cinta hanya diterima untuk kamu.
2 kuntum bunga ros:
Kedua-dua kita benar-benar cinta mendalam
3 kuntum bunga ros:
Saya cinta kamu
6 kuntum bunga ros:
Saya mahu jadi milikmu
9 kuntum bunga ros:
Cinta sesama kita berpanjangan.
11 kuntum bunga ros:
Hanya kamu seorang yang kucintai dalam hidupku.
12 kuntum bunga ros:
Kemesraan dan keserasian bersama.
13 Roses
Peminat rahsia
24 kuntum bunga ros:
24 jam ingat dan cinta padamu
33 kuntum bunga ros:
Aku cinta kamu dengan cinta yang mendalam.
36 kuntum bunga ros:
Rasa cinta hadir kerana kamu datang pada ku.
44 kuntum bunga ros:
Berkekalan dan takkan berubah.
50 kuntum bunga ros:
Cinta tanpa penyesalan
56 kuntum bunga ros:
Cintaku ikhlas
66 kuntum bunga ros:
Hubungan cinta yang berjaya.
99 kuntum bunga ros:
Cinta dan kefahaman jadikan cinta berpanjangan.
100 kuntum bunga ros:
keharmonian sepanjang abad, kekal sehingga akhir hayat.
101 kuntum bunga ros:
Tiada cinta lain melainkan kamu.
108 kuntum bunga ros:
Kahwiniku!
111 kuntum bunga ros:
Cinta sejati.
123 kuntum bunga ros:
Kebebasan cinta
144 kuntum bunga ros:
Cinta kamu setiap hari dan malam berpanjangan
365 kuntum bunga ros:
Ingat dan sayangkan kau setiap hari
999 kuntum bunga ros:
Cinta berkekalan dan sejati.
1001 kuntum bunga ros:
Cinta sejati selama-lamanya
So...yang mana 1 idaman di hati...????
Pakwe kite selalu bg kita bunga ros bape kuntum @ sejambak..?? hahha mybe...
Watch out..!!!
Wednesday, 11 January 2012
Berdua Bersatu
Mengapa cinta kita selalu saja di duga,
Atau mungkin kau & aku ditakdir tok berpisah,
Walaupun melawan arus,
Kita berdua bersatu....
Keliru???
Antara cinta baru & nostalgia cinta pertama...
Namun....kita masih sukar melafazkan cinta sedangkan bahagia sudah kat depan mata.....
Emmmm agak2 ye sape la pilihan di hati kita yg sebenarnya...????
Masih ada kah harapan tok kita mengecapi bahagia????
Berusaha @ Menyerah..????
Seolah2 kita tiada pilihan kan...
Blur gk dlm soal hati & perasaan ni...hahhaha...ye kew..????
Namun..jika ada sinar kebahagiaan tok kita,
Sambutlah ia dengan senyuman....
Yang penting kasih itu banyak mengajar kita erti sebenarnya cinta.....
Fahamilah CINTA...
Cinta Kekasih @ Keluarga @ Kawan
1.Cinta Kekasih ~ Hadir si dia dalam hidup kita memang dinantikan.Payah sekali untuk kita mengakui yang kita x menyayangi @ mencintai si dia..Setiap saat hanya mahu bersama dengannya. Kita mahu si dia menjadi milik kita.Setulus hati kita mencintai dirinya sepenuh hati.Namun......................kasih kah dia pada kita??? Tulus kah hati dia untuk kita??? Seandainya kasih dia berpaling arah, pilu sungguh hati ini andai dia berlalu pergi...Adakah ia 1 suratan takdir??? Perpisahan???
2.Keluarga ~ Kasih Mak & Abah memang tiada tandingan.Mak & Abah memberi didikan yang cukup berguna & berharga buat diriku.Pengorbanan yang Mak & Abah lakukan x dapat ku samakan dengan pengorbanan ku semasa belajar.Hanya kejayaan yang dapat ku berikan buat Mak & Abah.Walaupun diriku x sebijak mana, seikhlas hati Mak & Abah menyayangi diriku, memenuhi segala kemahuan ku, keinginan ku,Leteran mu dari rasa luhur, menegurku sebelum telanjur melakukan sesuatu.Pesanan Mak & Abah sentiasa terpahat di hati.Jasa Mak & Abah memang x terbalas diriku.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Terima Kasih Mak & Abah!!!! Sayang sgt2!!!!
3.Kawan ~ Persahabatan yang terjalin bermula dengan secebis senyuman.Lalu berputik 1 ikatan persahabatan.Hari demi hari kita saling mengenali 1 sama lain.Hahahhahaha macam2 ragam ada...Gelak tawa menghiasi hari2 indah kita.Susah & Senang kita bersama...Sama2 merentasi rintangan hidup yang ada...Saling menyayangi 1 sama lain....Sejuta impian kita rancang dalam membina future life tersendiri...Semoga impian kita bersama menjadi realiti...Insyaallah...Kau lah sahabatku Dunia & Akhirat....
Itulah lumrah hidup....macam2 kita kene buat....emmm nama pon manusia....biasalah tu...yang penting jangan lah kita sesekali melupakan Maha Pencipta Allah yang 1....
2.Keluarga ~ Kasih Mak & Abah memang tiada tandingan.Mak & Abah memberi didikan yang cukup berguna & berharga buat diriku.Pengorbanan yang Mak & Abah lakukan x dapat ku samakan dengan pengorbanan ku semasa belajar.Hanya kejayaan yang dapat ku berikan buat Mak & Abah.Walaupun diriku x sebijak mana, seikhlas hati Mak & Abah menyayangi diriku, memenuhi segala kemahuan ku, keinginan ku,Leteran mu dari rasa luhur, menegurku sebelum telanjur melakukan sesuatu.Pesanan Mak & Abah sentiasa terpahat di hati.Jasa Mak & Abah memang x terbalas diriku.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Terima Kasih Mak & Abah!!!! Sayang sgt2!!!!
3.Kawan ~ Persahabatan yang terjalin bermula dengan secebis senyuman.Lalu berputik 1 ikatan persahabatan.Hari demi hari kita saling mengenali 1 sama lain.Hahahhahaha macam2 ragam ada...Gelak tawa menghiasi hari2 indah kita.Susah & Senang kita bersama...Sama2 merentasi rintangan hidup yang ada...Saling menyayangi 1 sama lain....Sejuta impian kita rancang dalam membina future life tersendiri...Semoga impian kita bersama menjadi realiti...Insyaallah...Kau lah sahabatku Dunia & Akhirat....
Itulah lumrah hidup....macam2 kita kene buat....emmm nama pon manusia....biasalah tu...yang penting jangan lah kita sesekali melupakan Maha Pencipta Allah yang 1....
Subscribe to:
Posts (Atom)






